Automasi Operasi dan Proses

PENGURUSAN OPERASI DAN PROSES PERNIAGAAN

Kepentingan Pengurusan Operasi dan proses.

Memastikan kelicinan perjalanan perniagaan dalam semua aspek kewangan, pemasaran dan operasi 

Mengurus strategi-strategi operasi bagi proses tranformasi.

Mengendalikan unit-unit pengeluaran barangan atau perkhidmatan.

Melaksanakan strategi operasi bagi mengeluarkan sesuatu barangan/perkhidmatan.

Pengurusan Operasi

Definisi sebagai pengeluaran barangan atau perkhidmatan. Sistem pengeluaran ini dipanggil sebagai transformasi iaitu proses yang menukarkan input kepada output dengan mengambil kira maklumbalas dan perubahan daripada persekitaran. Proses ini memerlukan operasi supaya syarikat dapat memaksimumkan output.

Input Bahan-bahan asas yang diperlukan untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan.

Ahli Kumpulan :

PENGURUSAN OPERASI DAN PROSES

-Pembekal/Pengilang

-Input

-Proses Transformasi

-Output

-Pelanggan (Maklum balas)


Pembekal/Pengilang

Perhubungan yang baik dengan pembekal/pengilang akan memastikan pengurusan stok yang tersusun dan penawaran yang seimbang untuk produk/perkhidmatan sesebuah perniagaan. Ini dapat mengurangkan risiko lebihan stok dan lebihan penawaran kepada pelanggan.

Input

Proses input dapat memastikan produk/perkhidmatan dalam keadaan sempurna untuk diniagakan. Ia juga dapat menjamin kualiti produk/perkhidmatan, seterusnya mendatangkan kepuasan kepada pelanggan. 

Proses Transformasi 

Proses yang mengendalikan segala aktiviti penukaran input kepada output yang melibatkan strategi-strategi operasi. Proses ini perlu dilakukan dengan cekap dan tepat bagi peningkatkan jualan/pengeluaran seterusnya mendatangkan keuntungan yang tinggi.  

Output

Hasil terakhir yang didapati daripada proses tersebut seperti barangan atau perkhidmatan, keuntungan atau kerugian, kepuasan hati dan pertambahan pekerja dan pengguna.

Pelanggan (Maklum balas)

Transformasi adalah dianggap sebagai tidak statik kerana ia boleh dipengaruhi oleh persekitaran yang akan memberikan maklumbalas kepada syarikat.

Peka kepada persekitaran supaya kawalan terhadap proses transformasi boleh dilakukan.

Terdapat dua jenis faktor persekitaran iaitu persekitaran dalaman dan persekitaran luaran.

Persekitaran Dalaman

Factor-faktor yang berada di dalam syarikat seperti sikap pekerja, suasana di syarikat dan peranan pihak pengurusan di mana faktor-faktor boleh disimpulkan sebagai budaya syarikat.

Persekitaran Luaran

Faktor-faktor di luar syarikat seperti pembekal, kerajaan, pesaing, pemegang saham, penggunaan teknologi, sosial dan ekonomi.

1.Perancangan

2.Penyusunan

3.Pengarahan

4.Pengawalan

5.Penambahbaikan (Kaizen)

Mengenalpasti perkara yang hendak dicapai.

Mengatur strategi yang berasaskan matlamat 

Penyusunan

Melibatkan kerja menstrukturkan organisasi dan staf.

Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti dan tingkat autoriti.

Pengarahan

Menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur, lancar serta dalam suasana harmoni.

Melibatkan cara motivasi, pimpinan dan sistem komunikasi.

Pengawalan

Memastikan prestasi organisasi dapat dicapai.

Masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah tertentu diambil.

Kakitangan yang berprestasi rendah diberi perhatian dan diawasi.

Langkah Pengurusan Operasi

Meliputi keputusan strategik mengenai produk, proses dan kemudahan yang memberikan kesan jangka panjang ke atas organisasi. 

Contohnya pengeluaran produk baru, kilang baru, lokasi baru, lokasi kilang dan kapasiti pengeluaran.

Keputusan strategik

Keputusan Operasi

Merujuk kepada keputusan untuk memenuhi keperluan dan permintaan dari pelanggan untuk masa sekarang dan masa hadapan. 

Contohnya menentukan amaun stok yang perlu disimpan untuk setiap produk, tahap pengeluaran yang diperlukan dan mengadakan overtime atau subkontrak.

Keputusan Kawalan

Merujuk kepada perancangan dan kawalan operasi yang melibatkan aktiviti harian pekerja, kualiti produk dan perkhidmatan, kos pengeluaran dan overhead serta penyelenggaraan mesin.

Prinsip Pengurusan Operasi

Pembahagian Kerja 

Untuk meningkatkan produktiviti.

a.Autoriti

b.Hak memberi arahan.

c.Disiplin

d.Menurut arahan dan prosedur.

e.Patuh dengan perintah.

f.Mengikut arahan daripada seorang ketua untuk mengelakkan konflik.

g.Mengutamakan Kepentingan Operasi

h.Kepentingan individu diketepikan.

i.Pekerja mesti dibayar upah/gaji

j.Inisiatif

k.Kakitangan diberikan kebebasan memajukan dan menjalankan rancangannya.

l.Kekitaan

m.Perpaduan dapat diwujudkan.

n. Penggunaan sistem operasi dan proses berteknologi terkini.


Disediakan Oleh:

Rozahairy Abdul Razak
Perunding Kanan
ntptech.pro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengenalan BPA - Automasi Proses Perniagaan