Automasi Pemasaran dan Jualan

DEFINISI PEMASARAN DAN PENGURUSAN PEMASARAN

A. Pengertian Pemasaran


Ada beberapa definisi mengenai pemasaran diantaranya adalah :

a. Philip Kotler (Marketing) pemasaran adalah kegiatan dimana manusia akan diarahkan untuk memenuhi kehendak dan keinginan melalui proses perubahan.

b. Menurut Philip Kotler dan Amstrong pemasaran adalah sebagai suatu proses sosial dan pengurusan yang menjadikan seseorang individu atau kelompok memperolehi apa yang mereka berkehendakkan dan mewujudkan keinginan untuk mendapatkan sesuatu produk atau nilai perkhidmatan.

c. Pemasaran adalah suatu sistem total dari kegiatan bisnis yang dirancang untuk merencanakan, menentukan harga, mempromosikan dan mengedarkan barangan atau produk yang dapat memuaskan keinginan dan mencapai sasaran serta tujuan sesebuah perniagaan.

d. Menurut W Stanton pemasaran adalah sistem keseluruhan dari kegiatan usaha untuk merencanakan, menentukan harga, mempromosikan dan mengedarkan produk dan perkhidmatan yang dapat memuaskan kehendak dan keperluan pembeli serta bakal pelanggan yang berpotensi.

B. Konsep Pemasaran

Konsep-konsep asas pemasaran meluputi: kehendak, keinginan, permintaan, pengeluaran, utiliti, nilai dan kepuasan; pertukaran, transaksi dan hubungan pasaran. Kita dapat membezakan kehendak, keinginan dan permintaan. Kehendak adalah suatu keadaan yang dirasakannya ketiadaan kepuasan tentang sesuatu perkara. Keinginan adalah kehendak yang kuat akan memuaskan secara spesifik terhadap kehendak dengan yang lebih mendalam. Sedangkan Permintaan adalah keinginan akan produk yang spesifik yang disokong dengan kemampuan dan kesediaan untuk membeli atau melanggan.

C. Pengurusan Pemasaran

Pengurusan pemasaran berasal dari dua perkataan iaitu pengurusan dan pemasaran. Menurut Kotler dan Armstrong pemasaran adalah analisis, perancangan, implementasi dan pengendalian dari program-program yang dirancang untuk menciptakan, membangun dan memelihara pertukaran yang menguntungkan dengan pembeli sasaran untuk mencapai tujuan sesebuah perniagaan. Sedangkan pengurusan adalah proses merancang (Planning), menyusun (Organizing), menggerakkan (Action) dan pengawasan/pemantauan (Monitoring).

Dengan ini dapat disimpulkan bahawa Pengurusan Pemasaran adalah sebagai analisis, perancangan, penerapan dan pengendalian program yang dirancang untuk menciptakan, membangun dan mempertahankan pertukaran yang menguntungkan dengan pasaran dengan maksud untuk mencapai tujuan sesebuah organisasi/perniagaan.

Kesimpulan :

Dari huraian diatas dapat disimpulkan bahawa pengurusan pemasaran adalah kegiatan yang dirancangkan dan disusunatur meliputi pengedaran produk, penetapan harga dan dilakukan pengawasan terhadap kebijaksanaan yang telah dibuat bertujuan untuk mendapatkan tempat dipasaran agar tujuan utama dari pemasaran dapat dicapai.

Pemasaran masakini yang boleh diautomasikan :

1. Media Elektronik

2. Media Sosial

3. Media Komunikasi

4. Pembungkusan Eteraktif

5. Kempen-kempen atas talian


1. Definasi Jualan Belian

Jual beli menurut bahasa ertinya pertukaran atau saling bertukaran. Sedangkan menurut pengertian fekah, jual beli adalah menukar suatu barang dengan barang yang lain  dengan rukun dan syarat tertentu. Jual beli juga dapat diertikan menukar wang/duit dengan barang yang diingini sesuai dengan rukun dan syarat tertentu. Setelah jual beli dilakukan secara sah, barang yang dijual menjadi milik pembeli sedangkan wang yang dibayarkan pembeli sebagai pengganti harga barang, menjadi milik penjual.

Suatu ketika Rasulullah Muhammad SAW ditanya oleh seorang sahabat tentang pekerjaan yang paling baik. Beliau menjawab, pekerjaan terbaik adalah pekerjaan yang dilakukan dengan tangannya sendiri dan jual beli yang dilakukan dengan baik. Jual beli hendaknya dilakukan oleh pedagang yang mengerti ilmu fekah. Hal ini untuk akan menghindari terjadinya penipuan dari ke dua belah pihak. Khalifah Umar bin Khattab, sangat memperhatikan jual beli yang terjadi di pasar. Beliau mengusir pedagang yang tidak memiliki pengetahuan ilmu fekah kerana takut jual beli yang dilakukan tidak sesuai dengan hukum Islam.
Pada masa sekarang, cara melakukan jual beli mengalami perkembangan yang cukup drastik. Di pasaraya ataupun mall, para pembeli dapat memilih dan mengambil barang yang dikehendaki tanpa perlu berhadapan dengan penjual. Perkembangan dunia perniagaan digital/internet juga merupakan suatu fenomena untuk kita di abad ini. Pernyataan penjual (ijab) diwujudkan dalam daftar harga barang atau label harga pada barang yang dijual sedangkan pernyataan pembeli (kabul) berupa tindakan pembeli membayar barang-barang yang diambilnya. Dalam perkembangan perniagaan atas talian pula pelbagai konsep perniagaan alaf 
baru telah diperkenalkan seperti E-Dagang, E-Mall dan juga laman web jualan.

2. Hukum Jual Beli

Jual beli sudah ada sejak dulu, walaupun bentuknya berbeza. Jual beli  juga dibenarkan dan berlaku sejak zaman Rasulullah Muhammad SAW sampai sekarang. Jual beli mengalami perkembangan seiring pemikiran dan memenuhi kehendak dan keperluan manusia. Jual beli yang ada di masyarakat di antaranya adalah: 

a) Jual beli barter (tukar menukar barang dengan barang)

b) Money charger (pertukaran mata wang)

c) Jual beli pukal/borong

d) Jual beli dengan secara hutang (kredit)

e) Jual beli dengan cara lelong (ditawarkan kepada masyarakat umum untuk               mendapat harga tertinggi).

f) Jual beli atas talian (Online)

g) Jual beli langganan perkhidmatan (Subscription)

Berbagai macam bentuk jual beli tersebut harus dilakukan sesuai hukum jual beli dalam agama Islam. Hukum asal jual beli adalah dibolehkan. Allah SWT telah menghalalkan aktiviti jual beli sesuai dengan ketentuan dan syari’at-Nya. Dalam Surah al-Baqarah ayat 275 Allah SWT berfirman:

وَأَحَلَّ اللهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّﺒﯜا
Ertinya :
…Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan  riba…(Q.S. al-Baqarah: 275)

Jual beli yang dilakukan tidak boleh bertentangan dengan syariat agama Islam. Prinsip jual beli dalam Islam, tidak boleh merugikan salah satu pihak, baik penjual ataupun pembeli. Jual beli harus dilakukan atas dasar suka sama suka, bukan kerana paksaan. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam surat an-Nisa’ ayat 29.

Ertinya :
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu  dengan jalan batil melainkan dengan jalan jual beli suka sama suka di antara kamu.” (QS. An-Nisa : 29)

3. Teknik jual beli masakini (Digital dan Teknologi)

Teknik jual beli masakini telah melalui perubahan yang cukup ketara dengan perkembangan teknologi. Pelbagai sistem dan cara jual beli telah menjadi semakin mudah. Namun perkembang ini masih lagi perlu berteraskan hukum jual beli yang telah ditetapkan.

4. Rukun Jual Beli

Jual beli dikatakan sah apabila memenuhi rukun dan syarat jual beli. Rukun jual beli bererti sesuatu yang harus ada dalam jual beli. Apabila salah satu rukun jual beli tidak dipenuhi, maka jual beli tidak dapat dilakukan. Menurut sebagian besar ulama, rukun jual beli ada empat, iaitu:

a)Penjual dan pembeli

b)Barangan/Perkhidmatan yang hendak dijual/ditawarkan

c)Alat pertukaran yang sah (Wang/Duit)

d)Ijab Kabul (Akad/Kontrak)


Disediakan Oleh:

Rozahairy Abdul Razak
Perunding Kanan


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengenalan BPA - Automasi Proses Perniagaan