Automasi Pembayaran dan Kewangan

Definisi Sistem Pembayaran

Definasi menurut Bank Of International Settlements (BIS), sistem pembayaran adalah terdiri daripada instrumen, prosedur perbankan dan sistem pemindahan dana antara bank dan biasanya ia memastikan dan memudahkan peredaran wang. Pada dasarnya, ia memudahkan syarikat-syarikat, perniagaan dan pengguna untuk memindahkan dana kepada satu sama lain.

Sistem pembayaran yang berfungsi dengan baik adalah penting untuk operasi yang cekap pasaran kewangan serta untuk menyokong ekonomi Malaysia. Oleh itu, promosi sistem pembayaran yang selamat, terjamin dan cekap adalah satu matlamat penting Bank Negara Malaysia. 

Dalam gambaran sesebuah perniagaan pelbagai sistem pembayaran boleh digunakan, antaranya :

1. Pembayaran Tunai

2. Pembayaran Cek

3. Pembayaran Elektronik

4. Pembayaran E-Wallet/Mobile Wallet

5. Pembayaran Money Pin

6. Pembayaran Tunai Maya (Virtual Cash)

7. Pembayaran Antarabangsa (Money Market)

Kerajaan telah mula memperkenalkan pembayaran 'Cashless' atau elektronik, selari dengan perkembangan teknologi dan digital dengan memperkenalkan 'FinTECH' 

Transaksi pengesahan pembayaran kad kredit dan debit menggunakan tanda tangan akan dihapuskan secara berperingkat untuk digantikan dengan sistem berasaskan nombor pengenalan peribadi (PIN) pada 1 Julai 2017.

Sistem 'pin dan bayar' itu membolehkan pemegang kad membuat pembayaran dengan memasukkan PIN enam digit tanpa menurunkan sebarang tanda tangan seperti sekarang.

Langkah yang dipertingkat itu juga akan menjadikan sistem pembayaran jauh lebih selamat.

"Sasaran pelaksanaan aspek infrastruktur dan penggantian kad itu dapat disiapkan menjelang 31 Dis, 2016,".

Program itu dianjurkan bersama oleh BNM, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia serta Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia.

Seramai 44.3 juta pemegang kad dapat menikmati kemudahan ini.

"Pemegang kad boleh menggunakan kaedah 'tap-and-go' untuk transaksi membabitkan nilai yang rendah," serendah RM1.00.

Bagi Januari sehingga Jun 2016, penggunaan cek berkurangan sebanyak 10 peratus berikutan peningkatan penggunaan kaedah Interbank Giro (IBG) iaitu sistem pindahan dana antara bank dan Instant Interbank Fund Transfer (IBFT) atau pindahan segera.

"Pertumbuhan transaksi IBG dan IBFT masing-masing meningkat sebanyak 18 peratus dan 94 peratus,".

Oleh itu bersediakah kita sebagai usahawan alaf baru (Digital Teknologi) untuk memastikan kelangsungan dan perkembangan perniagaan kita, sekiranya kita masih berurusan tunai dan cek semata-mata.



5 Perkara peniaga/usahawan perlu tahu tentang akaun kewangan perniagaan :


1. Jangan rompak akaun syarikat sendiri

Kesilapan utama peniaga ialah, mereka fikir itu perniagaan mereka dan mereka boleh suka-suka hati ambil duit untung syarikat. Salah!

Peniaga tak boleh ambil duit perniagaan. Duit perniagaan adalah untuk anda pusingkan modal, bayar kos dan pelaburan. Jika anda sebagai peniaga nak duit syarikat, anda tak boleh ambil ikut suka hati dalam jumlah yang ikut suka hati juga. Anda perlu ambil gaji.

Ye betul! Ramai peniaga tak bayar diri sendiri gaji dan sebab itu asyik rompak duit perniagaan sendiri. Ada siapa yang buat macam tu? Mulai dari sekarang, sila ambil gaji dan jadikan ianya sebagai kos perniagaan anda.

2. Tiada akaun syarikat

Tak kira berapa besar perniagaan anda, anda perlu ada akaun syarikat. Jangan masukkan duit perniagaan anda ke dalam akaun peribadi. Itupun dikira sebagai merompak duit syarikat.

Gunakan akaun khas untuk semua perbelanjaan syarikat dan semua duit yang diterima. Akaun syarikat akan memudahkan anda untuk berurusan dengan pelbagai pihak lain seperti pihak kerajaan, cukai dan bank di masa akan datang.

3. Tiada sistem perakaunan

Ada peniaga yang dah berniaga bertahun-tahun tapi masih tak ada sistem perakaunan yang betul. Semua duit keluar masuk hanya dicatat secara manual. Resit pembelian atau pembayaran juga tak disimpan dengan rapi. Ini akan mengundang masalah bila anda nak membuat pembayaran cukai nanti.

Sebenarnya, anda tak perlu pun melantik seorang yang khas untuk menguruskan akaun anda. Anda boleh sahaja melantik akauntan bertauliah sebagai penasihat dan konsultan akaun anda.

Tapi, adalah lebih bagus jika anda ada seorang yang menguruskan akaun anda. Kerani akaun pun cukuplah dulu. Yang penting beliau ada pengalaman menguruskan akaun dan pernah buat “full set account” sebelum ini.

4. Tidak simpan resit, voucher bayaran dan invoice.

Dalam perniagaan, ada beberapa dokumen penting yang berkaitan dengan urusan jual beli anda yang perlu anda simpan dengan baik. 

Antaranya ialah, resit penerimaan bayaran dari pelanggan, voucher bayaran, invoice, resit pembelian, perjanjian sewa beli, perjanjian untuk jualan secara consignment dan macam-macam lagi. 
Ramai peniaga yang ambil mudah urusan ini. Bagi mereka, ianya tak penting. Yang penting ialah boleh buat jualan dan untung. Dengan rekod jual beli dan dokumen yang lengkap akan membantu anda merangka sasaran jualan di masa akan datang dan membuat belanjawan untuk masa depan.

Selain dari itu, ianya juga memudahkan orang lain untuk faham tentang perniagaan anda dan bukan berharap kepada ingatan anda sahaja.

5. Tak tahu kos perniagaan dan untung

Perniagaan ialah untuk kita bantu orang lain dengan perniagaan kita, dan untuk kita bantu diri kita dengan keuntungan yang kita dapat dan kepuasan dari membantu orang lain. 

Masalahnya, ada ramai peniaga tak tahu langsung tentang kos perbelanjaan perniagaan mereka. Mereka tak tahu dengan jelas kos untuk setiap produk. Dari pembuatan sehingga produk tersebut sampai ke tangan pelanggan, semuanya melibatkan kos. Anda tidak layak untuk gelar diri anda peniaga jika anda tak tahu kos perbelanjaan perniagaan, kos jualan, untung rugi syarikat. Jika anda berada dalam keadaan ini, anda patut fikirkan semua tindakan anda.
Dan, anda mungkin tak akan nampak hala tuju perniagaan anda jika anda tak tahu dan tak nak ambil tahu tentang kos dan untung rugi perniagaan.



Disediakan Oleh:

Rozahairy Abdul Razak
Perunding Kanan
ntptech.pro



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengenalan BPA - Automasi Proses Perniagaan